• Tarikh Kemaskini 19 June 2023

Terima KASIH Ayah, adalah tema yang telah diputuskan oleh KPWKM bagi sambutan Hari Bapa 2023 di semua peringkat.

KASIH merupakan lima (5) nilai pengkayaan keluarga iaitu K- Kasih Sayang, A- berAkhlak, S-Sihat fizikal dan mental, I- berIlmu serta H-Harmoni. Perkara ini turut dizahirkan melalui sambutan Hari Bapa anjuran Better Dads Malaysia dan Pertubuhan IKRAM Malaysia yang diadakan di Shah Alam, Selangor, semalam.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan bahawa bapa adalah insan terpenting selain ibu dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak. Justeru, sambutan hari bapa ini wajar dilihat sebagai penghargaan kepada insan hebat bergelar bapa dalam setiap keluarga.