• Tarikh Kemaskini 05 April 2023

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menghargai hak Polisi Privasi (“Polisi”) anda dan akan melindungi maklumat peribadi dengan mematuhi undang-undang Malaysia (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan undang-undang / peraturan-peraturan perlindungan data). Notis Privasi menerangkan dasar dan prinsip LPPKN berkaitan dengan privasi maklumat peribadi serta menghormati dan melindungi privasi maklumat peribadi. 

Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. 

Maklumat yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal LPPKN kecuali maklumat yang anda kemukakan melalui borang maklum balas elektronik dan juga e-mel yang dihantar kepada penduduk@lppkn.gov.my.

 

Keselamatan Data dan Pautan Luar

Laman web ini mempunyai pautan ke laman web agensi lain. Pautan tersebut mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan anda dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal yang dilayari. Kami adalah tidak bertanggungjawab dengan kandungan dan amalan privasi laman web yang lain dan anda digalakkan untuk membaca berkenaan notis privasi laman web tersebut di atas pilihan dan risiko anda sendiri.

Dasar polisi privasi yang dinyatakan ini hanya terpakai untuk portal rasmi LPPKN sahaja.

 

Pindaan Dasar Privasi

Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan melayari portal rasmi LPPKN, pengunjung anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan tujuan dalam keadaan tertentu.

Kami berhak untuk meminda Polisi ini dari semasa ke semasa, selaras dengan undang-undang dan peraturan-peraturan terpakai dan mana-mana perubahan atau pindaan yang dilakukan adalah terpakai kepada anda. Dengan terus mengakses atau menggunakan Perkhidmatan ini selepas perubahan berkuatkuasa, anda bersetuju untuk terikat dengan Polisi Privasi yang telah dipinda.

 

Pertanyaan dan Maklumbalas

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau aduan berkenaan Dasar Polisi Privasi ini, sila hubungi kami melalui borang maklum balas yang telah disediakan. Kami amat mengalu-alukan maklum balas anda.