-
Tarikh Kemaskini 15 May 2026
LPPKN PERAK, 15 Mei 2026 - Ketua Pengarah LPPKN, YBhg. Dato' Abdul Shukur bin Abdullah telah hadir ke Majlis Penyerahan Projek Siap ke atas kerja-kerja pembaikan, ubahsuai, naiktaraf beserta kerja-kerja berkaitan bagi Bangunan Klinik NUR Sejahtera LPPKN Ipoh pada hari ini.
Terdahulu, ketibaan YBhg. Dato' KP di Bangunan KNS LPPKN Ipoh telah disambut mesra oleh YBrs. En. Chai Cheng Ho @ Dennis Chai, Pengarah LPPKN Negeri Perak dan kemudiannya dibawa ke Dewan Seminar bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Sr. Tuan Azlan bin Abdul Aziz, Juruukur Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Perak berkenaan perincian projek tersebut.
Selesai sahaja taklimat tersebut, kedua-dua pihak menandatangani dokumen rasmi penyerahan projek siap di antara LPPKN Negeri Perak dan JKR Negeri Perak dengan disaksikan oleh YBhg. Dato' KP LPPKN sebelum melawat keseluruhan aras bangunan yang terlibat.
Pada sebelah petang pula, YBhg. Dato' KP telah dibawa untuk melihat premis yang dicadang untuk dijadikan Pusat Keluarga LPPKN Negeri Perak di Ipoh.
Turut sama dalam lawatan kerja ini adalah Pn. Siti Asza Shahiza binti Mohd Shariaf, Jurutera Mekanikal, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB), Ibu Pejabat JKR, En. Mohamad Mizal bin Mohamad Nor, Ketua Unit Pembangunan dan Pengurusan Aset, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat LPPKN, Pn. Hasliza binti Hakimi, Ketua Unit Pentadbiran dan Perhubungan Awam, LPPKN Negeri Perak, Pn. Wan Nur Azlina bin Wan Abdul Rahman, Ketua Unit Penerangan dan Pendidikan, LPPKN Negeri Perak, Pn. Rosaini binti Ismail, Ketua Klinik NUR Sejahtera LPPKN Ipoh dan Pegawai - Pegawai Cawangan Mekanikal, Sivil dan Elektrikal, JKR Daerah Kinta.



