-
Tarikh Kemaskini 18 December 2019
MELAKA, 23 Ogos 2017 - LPPKN Negeri Melaka telah menganjurkan sebanyak 3 siri Kursus Pengurusan Kewangan Keluarga (SMARTBELANJA@LPPKN) pada 10, 15 dan 22 Ogos bertempat di Bilik Seminar Pejabat LPPKN Negeri Melaka. Rata-rata peserta yang hadir adalah dari kalangan mereka bekerja di pelbagai sektor sekitar Negeri Melaka. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta bagaimana menguruskan sumber kewangan dan pendapatan dengan bijak dan berhemah. Selain itu, penceramah dari Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) juga turut dijemput bagi menyampaikan ceramah mengenai fungsi agensi itu serta penerangan mengenai pengurusan kredit dan sebagainya.



