• Tarikh Kemaskini 28 October 2024

26 Oktober 2024, Pulau Pinang - Sambutan Pink Oktober 2024 Sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Peringkat Negeri Pulau Pinang disambut meriah pada hari ini di Mydin Mall, Bukit Mertajam.


 

Majlis ini telah dirasmikan Oleh YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti Chairobic exercise, Bual Bicara bersama Pakar Bedah dan Pakar Pemakanan, Sesi perkongsian pengalaman dan Aktiviti Kraftangan oleh Breast Cancer Survivor. Seramai hampir 300 orang peserta telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis ini.

 


 

Pelbagai Perkhidmatan disediakan untuk tetamu seperti Pendaftaran Mamogram, Ujian HPV DNA, Saringan Kesihatan Percuma, Ujian Hemoglobin darah, Pameran KASIH Keluarga, Pembukaan Akaun Tabung Haji Percuma, Pameran dari Badan Sokongan Pesakit Kanser Hospital Seberang Jaya, Amanita dan pelbagai agensi lain turut terlibat.

 

 


 

YBTM berharap agar semua wanita yang hadir mengambil peluang mendapatkan Perkhidmatan Saringan Mamogram yang disediakan oleh LPPKN secara percuma kepada wanita yang layak yang berusia 40-70 tahun. Pengesanan awal kanser adalah penting kerana rawatan awal dapat menyembuhkan.
Turut hadir bersama adalah YBrs. Dr Mohd Azizuddin bin Mohd Yusoff, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) LPPKN.