• Tarikh Kemaskini 11 December 2024

24 November 2024, Lipis Pahang - YB Dato' Hajah Sabariah binti Saidan, EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita Dan Keluarga Negeri Pahang, merasmikan Program Mini Karnival 3S Keluarga "Moh Kita Sihat, Selamat & Sejahtera" sempena November Bulan Keluarga Kebangsaan 2024, Wakil Rasmi YAB Menteri Besar Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Lipis, hari ini.

Kerjasama ini menunjukkan komitmen LPPKN dan kerajaan negeri dalam memperkukuhkan institusi keluarga serta meningkatkan kesejahteraan masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan program yang disesuaikan mengikut keperluan setempat.

Turut hadir En Hairil Fadzly Md. Akir, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan LPPKN, YB Dato' Ir. Razali bin Kassim, EXCO Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang, YB Dato Mustapha Bin Haji Long, ADUN Padang Tengku serta Dato' Mohd Hafizi Bin Ibrahim, Pegawai Daerah Lipis.

???????