-
Tarikh Kemaskini 30 January 2023
Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hari ini mengadakan sesi lawatan kerja ke Klinik Nur Sejahtera LPPKN Sibu, Sarawak.
Lawatan kerja ini bertujuan untuk melihat kemudahan dan perkhidmatan Klinik Nur Sejahtera LPPKN disamping menyantuni warga kerja LPPKN di Sibu, Sarawak.
Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Klinik Nur Sejahtera LPPKN Sibu adalah saringan kesejahteraan wanita, perkhidmatan konsultansi, perkhidmatan perancang keluarga, perkhidmatan pusat keluarga bergerak dan perkhidmatan MAMACARE.
Dalam sesi lawatan kerja ini, turut diadakan sesi penerangan perkhidmatan antaranya Mamogram, HPV DNA dan rawatan selepas bersalin yang disampaikan oleh Puan Lydia Renggi, jururawat Klinik Nur Sejahtera LPPKN Sibu, Sarawak.
Dalam kesempatan ini, YB turut menyeru masyarakat sekitar untuk datang mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di Klinik Nur Sejahtera LPPKN Sibu, Sarawak.