-
Tarikh Kemaskini 26 May 2025
22 Mei 2025, Sabah - Kembara KASIH KPWKM di daerah Lahad Datu berakhir dengan Program Kesejahteraan Lelaki yang diadakan di Dewan Markas Operasi Pasukan Polis Marin Lahad Datu.
Program Kesejahteraan Lelaki ini adalah inisiatif KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi meningkatkan kesedaran golongan lelaki mengenai kepentingan kesihatan fizikal, kesejahteraan seksual dan kesihatan mental.
Kami amat terharu melihat sambutan yang menggalakkan daripada kaum lelaki yang hadir untuk bersama-sama menimba ilmu pengetahuan melalui pengisian aktiviti yang diadakan sepanjang hari ini seperti ceramah kepimpinan bapa di era digital, taklimat kesihatan prostat, perkongsian mengenai lelaki dan kesuburan, aktiviti pemerkasaan lelaki, perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak serta reruai-reruai pameran.
Diharapkan program sebegini dapat melahirkan lebih ramai lelaki yang bertanggungjawab dan memainkan peranan mereka sebagai ketua keluarga dengan sebaiknya, menjaga kesihatan diri, dan penyumbang pertama kepada keharmonian masyarakat.