-
Tarikh Kemaskini 10 February 2026
8 Februari –Majlis perasmian penutup Bengkel Pemantapan Program BuAI kepada Anggota KNS 2026
Majlis perasmian penutup Bengkel Pemantapan Program BuAI kepada Anggota KNS 2026 telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN pada 8 Februari 2026 bertempat di Hotel Pines, Melaka.
Bengkel ini telah diadakan selama tiga (3) hari bermula 6 hingga 8 Februari 2026, melibatkan seramai 76 orang anggota klinikal daripada Ibu Pejabat dan LPPKN Negeri.
Objektif bengkel ini adalah untuk meningkatkan kompetensi anggota dalam pengurusan subfertiliti, memperkukuh kefahaman berkaitan pelaksanaan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti ( BuAI) serta memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkesan, berstandard dan berfokus kepada keperluan klien.



