• Tarikh Kemaskini 22 October 2025

KUCHING, 18 OKTOBER – KASIH Keluarga, Bahagia Bersama telah diangkat sebagai tema sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 yang diumumkan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapan perasmian Program KASIH Keluarga bersempena Santubong Day, anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak, di sini, hari ini.

Program ini juga menjadi titik permulaan kepada Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 2025 yang akan diraikan di seluruh negara sepanjang bulan November. Tema KASIH Keluarga, Bahagia Bersama” dipilih bagi mengimarahkan nilai KASIH iaitu kasih sayang,akhlak, sihat dan selamat, berilmu serta harmoni.

“Kita hidup dalam zaman yang semakin mencabar dengan pengaruh media sosial, tekanan ekonomi dan perubahan gaya hidup yang cepat. Dalam suasana sebegini, keluarga perlu kekal sebagai tempat berlindung, tempat kita membina nilai, dan tempat anak-anak belajar erti kasih, hormat dan tanggungjawab”, kata YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dalam ucapan perasmiannya.

Program KASIH Keluarga dan Kick Off Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) 2025 bersempena Santubong Day memberi fokus kepada pengukuhan institusi keluarga sebagai asas pembinaan masyarakat sejahtera dalam kerangka Malaysia MADANI. Program yangberlangsung selama dua (2) hari ini telah berjaya perhimpunan komuniti melaksanakan aktiviti berasaskan warisan sejarah seperti Malam Kesenian dan Ikatan KASIH: Bermukun

dan Nopeng, Pertandingan Sambal Warisan Keluarga: Dari Jala ke Dapur dan Pertandingan Bercerita Rakyat bertemakan “Berakhlak dan Peribadi Mulia”.