• Tarikh Kemaskini 19 December 2019

KUALA LUMPUR, 9 Disember: Seramai 44 orang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Biologi beserta 3 orang pensyarah mereka telah berkunjung ke Tingkat 13, Bangunan LPPKN, Jalan Raja Laut di sini hari ini. Taklimat telah disampaikan oleh YBrs. Encik Yusri Sham bin Abu Hassan, Pegawai Sains LPPKN dengan tajuk "Subfertility: An Overview". Rombongan pelawat juga telah dibawa ke Tingkat 7 bagi melihat sendiri makmal yang dibangunkan oleh LPPKN berkaitan embriologi. Tahniah kepada Bahagian Reproduksi Manusia (BRM) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan para pelajar ini. Semoga para pelawat juga mendapat banyak manfaat hasil perkongsian ilmu di antara UiTM dan LPPKN. Syabas diucapkan!