• Tarikh Kemaskini 18 December 2019

KUALA LUMPUR, 10 Jun: Sambutan ulangtahun ke 50 Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah disempurnakan oleh DatukHajah Azizah binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat diBangunan LPPKN di sini, hari ini. Majlis bertemakan Membina Keluarga Sejahtera dimulakan dengan edaran 800 bungkusan bubur lambuk kepada orang awam dan pengguna jalanraya sekitar Bangunan LPPKN serta kakitangan LPPKN. Acara dimeriahkan dengan perasmian Galeri Warna Warni 50 Tahun LPPKN. Galeri ini akan dibuka kepada orang ramai sepanjang sambutan sehingga November 2016 sempena Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia. Antara peralatan yang dipamerkan adalah barangan arkib LPPKN berupa gambar-gambar dan peralatan makmal perancang keluarga sejak mula ditubuhkan pada tahun 1966. Sambutan yang diakhiri dengan majlis doa selamat dan berbuka puasa serta solat sunat Tarawih turut dihadiri oleh Dato' Sabariah Hassan, Ketua Setiausaha KPWKM dan Dato' Mariam Mas Yacob, Pengerusi LPPKN.