-
Tarikh Kemaskini 20 December 2019
Majlis Perhimpunan bulanan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Negara (LPPKN) sempena Perjumpaan Ketua Pengarah baru bersama warga LPPKN telah berjalan dengan meriahnya bertempat di Dewan Besar LPPKN pada hari Selasa, 18 Jun 2013.
Majlis diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Pengarah - Pengarah Bahagian LPPKN, Pengarah LPPKN Negeri WPKL dan Selangor, serta warga LPPKN. Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Noor Faiz dan persembahan nyanyian kumpulan koir LPPKN.
Majlis diteruskan dengan amanat Ketua Pengarah LPPKN untuk semua warga LPPKN. Majlis diakhiri dengan penyampaian jambangan bunga oleh TKP(P) diiringi oleh Pengarah Negeri Selangor dan WPKL serta wakil dari Klinik Nur Sejahtera LPPKN. Majlis melabuhkan tirainya pada jam 10.00 pagi.
Sumber : LPPKN



