• Tarikh Kemaskini 08 April 2023

5 April 2023 - Seramai 49 orang pelajar beserta pensyarah Sarjana Muda Sains Pemakanan Dan Kesihatan Komuniti, Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah mengadakan lawatan ke LPPKN bagi mengikuti dengan lebih dekat perkhidmatan yang ditawarkan oleh LPPKN.

Lawatan ini merangkumi sesi taklimat di Klinik Nur Sejahtera LPPKN (lobi) dan Auditorium aras 13, mengenai perancang keluarga, kesihatan reproduktif wanita termasuk Mamogram dan HPV DNA serta tidak ketinggalan sesi demonstrasi terapi dan kaunseling.

Pelajar turut dibawa melawat dan diperkenalkan dengan Pusat Remaja KafeTEEN aras 8.

Lawatan berlangsung selama 3 jam ini diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh kesemua pelajar mengenai pentingnya penjagaan kesihatan dan program pembangunan keluarga ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Bangsa yang berwibawa. LPPKN sentiasa mengalu-alukan kehadiran pelawat khususnya pelajar IPTA/S dalam dan luar negara