-
Tarikh Kemaskini 26 January 2026
Januari.
Permulaan tahun baru. Azam baru. Harapan baru.
Tapi dalam sibuk merancang hidup, ada satu perkara kecil yang sering kita tangguh... kesihatan.
Kanser serviks selalunya datang tanpa bunyi. Tak sakit, tak jelas tanda.
Bila sedar, kadang-kadang sudah terlambat.
Sebab itu kesedaran awal lebih berharga daripada rawatan kemudian hari.
Januari ialah Bulan Kesedaran Kanser Serviks , masa terbaik untuk wanita jaga diri, buat pemeriksaan dan ambil tahu tentang badan sendiri. Di Klinik Nur Sejahtera LPPKN, pemeriksaan kanser serviks disediakan oleh petugas terlatih, dalam suasana selesa dan selamat dan untuk para lelaki , jadilah suami, ayah, abang atau anak yang selalu ingatkan yang tersayang untuk buat pemeriksaan juga satu bentuk tanggungjawab.
Tahun baru ini, biar azam kita bukan sekadar di bibir.
Mulakan dengan satu langkah kecil ,ambil peduli, buat pemeriksaan, lindungi masa depan.
Dapatkan maklumat lanjut di Klinik Nur Sejahtera LPPKN berdekatan.



