-
Tarikh Kemaskini 20 December 2024
16 Disember 2024, Segamat Johor - Majlis Penyerahan Projek Pengubahsuaian Bangunan Untuk Dijadikan Klinik Nur Sejahtera LPPKN Segamat, Johor pada 16 Disember 2024 yang kini siap sepenuhnya untuk memberikan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.
Turut bersama adalah Tn Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, En. Hairil Fadzly Md. Akir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Shafareeza Binti Ismayatim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan dan Dr. Salmi Jalina binti Jalil, Pengarah LPPKN Negeri Johor.
Semoga kemudahan baharu ini menjadi platform untuk memperkasa institusi keluarga, memperkukuh komuniti, dan menyumbang kepada pembangunan sosial yang mampan di Negeri Johor.