• Tarikh Kemaskini 10 October 2024

8 Oktober 2024 , Kuching Sarawak : Satu lagi catatan sejarah LPPKN apabila telah berlangsung Sesi Penyerahan Kunci Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sarawak kepada YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN oleh ZM Capital Sdn Bhd di Wisma Sego, Kuching.

Pusat Keluarga LPPKN Negeri Sarawak ini dijangka memulakan operasi pada Januari 2025 mempunyai empat (4) aras yang akan menawarkan perkhidmatan Klinik Nur Sejahtera (KNS), Pusat Remaja KafeTEEN, Klinik Subfertiliti di samping Pejabat Pentadbiran LPPKN Negeri Sarawak.

Turut hadir pada sesi penyerahan kunci ialah YBhg Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN dan Puan Shahfareeza Yatim, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan, LPPKN.

Semoga dengan adanya premis baharu ini membolehkan LPPKN terus komited untuk berkhidmat kepada masyarakat khususnya di Bumi Kenyalang ini.