-
Tarikh Kemaskini 18 December 2019
KUALA LUMPUR, 21 April: "LPPKN harus terus menjadi releven sesuai dengan umur kematangannya dan menjadi organisasi yang mantap di masa depan", demikian ujar Dato' Mariam Mas Yaacob, Pengerusi LPPKN di majlis Perhimpunan Bulanan LPPKN yang dianjurkan oleh Sektor Teknologi Maklumat. Dengan bertemakan "50 Tahun Menghitung 50 hari Sambutan Ulangtahun LPPKN" di Dewan Besar, Tingkat 22 dengan kehadiran hampir 300 orang warga kerja LPPKN. Majlis yang bermula dari jam 2.30 petang di dahului dengan ucapan Pengerusi LPPKN, penyampaian hadiah kemenangan kepada pasukan pingpong LPPKN yang mendapat tempat ke-3 di pertandingan MAKSWIP, penyerahan simbolik bahan promosi ulangtahun ke-50 dan pelancaran microsite 50 tahun LPPKN. Tahniah diucapkan kepada semua anggota dan marilah kita semarakkan sambutan meniti ke ulangtahun LPPKN yang ke-50 tahun. Syabas kepada semua yang terlibat!



