• Tarikh Kemaskini 27 November 2023

Pendapat anda penting untuk Data Keluarga Madani 

LPPKN sedang melaksanakan rintis Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Ke-6 (KPKM-6) di Pahang (Bentong & Raub) dan Perak (Kuala Kangsar & Sungai Siput) bermula pada 24 November 2023 sehingga 6 Disember 2023.

Lima (5) kategori responden terpilih adalah:
i.    Wanita Pernah Berkahwin Berumur 15-59 Tahun;
ii.    Lelaki Pernah Berkahwin Berumur 15-59 Tahun;
iii.    Remaja Belum Pernah Berkahwin Berumur 13-24 Tahun;
iv.    Warga Emas Berumur 60 Tahun Ke atas; dan
v.    Penduduk Bujang Berumur 25-59 Tahun.

Penemubual yang dilantik dan terlatih akan mengunjungi tempat kediaman terpilih dan membawa bersama kad pengenalan serta surat kebenaran pihak berkuasa untuk tujuan pengenalpastian. 

Tuan/Puan dimohon memberikan kerjasama jika terpilih sebagai responden.

Jumpa anda di sana!
Terima kasih.