• Tarikh Kemaskini 29 July 2026

YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN telah menyempurnakan Majlis Peluncuran Projek Agrotourism Kampung Angkat MADANI LPPKN Tahun 2026 di Tapak Kolam Ikan Tilapia, Kampung Tanah Liat, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Pelaksanaan projek ini merupakan komitmen LPPKN dalam memperkasakan pembangunan komuniti secara inklusif dan mampan melalui inisiatif Kampung Angkat MADANI. Projek ini bukan sahaja memberi fokus kepada pembangunan fizikal, malah menjadi pelaburan jangka panjang ke arah meningkatkan kesejahteraan rakyat serta merancakkan ekonomi komuniti setempat.

Antara inisiatif utama yang dilancarkan ialah pembangunan kawasan ternakan ikan tilapia kepada destinasi agropelancongan keluarga, di samping pemasangan lampu solar di laluan kampung hasil kerjasama pelbagai rakan strategik termasuk PERDA, Jabatan Perikanan, GIATMARA, JKR, Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah serta ICU Jabatan Perdana Menteri Negeri Pulau Pinang.

Semoga projek ini menjadi pemangkin kepada pembentukan komuniti yang lebih berdaya tahan, berdaya saing dan sejahtera, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.