• Tarikh Kemaskini 04 September 2025

KUALA LUMPUR, 2 SEPTEMBER 2025 - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara LPPKN) telah membentangkan status pelaksanaan Projek Pembinaan Pusat Subfertiliti Negara (PSN) dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Selangor, Bilangan 2 Tahun 2025 yang dipengerusikan oleh YAB Dato’ Seri Amiruddin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Status bagi projek yang dijangka siap pada tahun 2029 telah disampaikan Encik Mohd Hanafee A Rahman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LPPKN.

Turut hadir bagi sesi pembentangan ini, YBrs. Puan Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM .

Untuk makluman, PSN bakal menyediakan perkhidmatan rawatan kesuburan dan kesejahteraan keluarga yang komprehensif termasuk berfungsi sebagai pusat koordinasi penyelidikan, teknologi rawatan terkini dan latihan kepakaran di Malaysia.