-
Tarikh Kemaskini 03 June 2025
KUALA LUMPUR, 2 JUN - Ketua Pengarah LPPKN, YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah telah menerima kurnia Darjah Kebesaran Persekutuan JOHAN MANGKU NEGARA (J.M.N) bagi tahun 2025 sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, di Istana Negara hari ini.
Darjah Kebesaran ini merupakan satu pengiktirafan oleh Kerajaan di atas jasa dan sumbangan cemerlang YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah yang tidak ternilai khususnya dalam mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Kerajaan (LPPKN) yang cekap demi kesinambungan perkhidmatan awam.
Seluruh warga LPPKN amat berbangga atas kurniaan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah.