-
Tarikh Kemaskini 27 March 2025
“Ibadah puasa tidak menghalang warga KPWKM untuk terus giat aktif melaksanakan amanah dan tanggungjawab menyantuni kumpulan sasar Kementerian”.
Demikian antara petikan ucapan YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat dalam Perhimpunan Bulanan KPWKM Bil. 3/2025 yang telah diurus setiakan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bertempat di Dewan Perdana Nur, KPWKM.
KPWKM terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kesejahteraan rakyat seperti membangunkan Dasar Wanita Negara dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita 2025-2030 sebagai satu langkah strategik dalam mendepani perubahan dan cabaran institusi keluarga.
Selain itu, bulan Ramadan juga sarat dengan program-program bermanfaat antaranya Majlis Ihya Ramadan JKM Berkat Berjasa, Berkat Ramadan Kareem, Majlis Iftar Kasih Ramadan di Sarawak, Program Ziarah Sahur AADK 2025, Majlis Berbuka Puasa MADANI di Selingsing Perak, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat KPWKM dan Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2025.
YB Timbalan Menteri juga menyeru warga KPWKM untuk memperkukuh semangat kerjasama “Kita Kan Keluarga” bagi memastikan Kementerian ini berupaya menyampaikan perkhidmatan yang optimum demi kesejahteraan masyarakat Malaysia.
Warga yang hadir turut disajikan dengan sketsa KASIH Keluarga dan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Haryanto Rizal Rokman sebagai sebahagian daripada pengisian bulan Ramadan. Turut ditayangkan video pencapaian LPPKN sepanjang tahun 2024 sehingga Mac 2025.
Hadir sama dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Dr. Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, YBrs. Puan Farah Adura binti Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) KPWKM, YBrs. Encik. Mohd Daud bin Mohd Arif, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KPWKM, YBrs. Encik Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Ketua-ketua Jabatan, pegawai kanan serta warga Kementerian, Jabatan dan Agensi.