• Tarikh Kemaskini 10 December 2024

23 November 2024, Kota Kinabalu - Majlis Perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah 2024 dan Jerayawara Santuni Komuniti Madani Peka@LPPKN Kawasan Parlimen P.173 Putatan telah di sempurnakan oleh YB Datuk Ir.Shahelmey bin Yahya Timbalan Ketua Menteri III selaku wakil kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor di Dewan Sri Putatan.

Turut serta YABhg Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag isteri kepada YAB Ketua Menteri Sabah merangkap Yang Dipertua Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah GRS bersama rombongan.

Pelbagai acara diadakan antaranya Family Fun Walk,Family Fun Run, Pameran Perkhidmatan Agensi, Pemeriksaan Kesihatan, Persembahan Pidato, Pertandingan Mewarna, Sesi Ceramah,Demonstrasi Memadam Api, Demonstrasi CPR, Urutan Mamacare, Aktiviti Remaja KafeTEEN dan Cabutan Bertuah.

Pihak LPPKN mengucapkan terima kasih buat semua yang terlibat dam menjayakan sambutan ini. Semoga kerjasama begini sentiasa dapat dilaksanakan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.