• Tarikh Kemaskini 27 December 2024

17 Disember 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) Bilangan 5 Tahun 2024 yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN telah berlangsung dengan jayanya secara hibrid pada 17 Disember 2024.

Mesyuarat yang melibatkan lebih daripada 20 kementerian, agensi kerajaan serta ahli akademik daripada beberapa universiti terkemuka di Malaysia ini diadakan bertujuan untuk memantau kemajuan projek Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6). Sehingga 31 Disember 2024, kerja lapangan bagi pengumpulan data kajian sedang giat dijalankan yang melibatkan sebanyak 37,550 Tempat Kediaman (TK) terpilih di seluruh negara.

Kajian berskala nasional ini bakal mengumpulkan data dan maklumat berkaitan kependudukan, kekeluargaan dan kesihatan reproduktif serta sosio-ekonomi penduduk di Malaysia. Laporan Eksekutif KPKM-6 dijangka akan diterbit dan dilancarkan pada suku kedua tahun 2025.