• Tarikh Kemaskini 11 December 2018

Apakah itu Program MamaCare?

Program MamaCare merupakan satu Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan reproduktif wanita dan keluarga. Program latihan kapasiti ini juga merupakan salah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsan (NBOS) iaitu 1Malaysia Women’s Initiative for Self-Empowerment (1MWISE) dan  juga merupakan kerjasama (Smart Partnership) di antara Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Eduskill dan Persatuan Warisan Urutan Melayu Malaysia (HAMA).

Apakan matlamat objektif utama Program Mamacare?

Matlamat program ini untuk meningkatkan kesejahteraan wanita dan keluarga melalui pemerkasaan ekonomi wanita. Antara lain tujuan program ini lalah melatih wanita warga emas dan ibu tunggal terutama daripada kumpulan Low Income Household (LIH) menjana pendapatan keluarga melalui Perkhidmatan Penjagaan Holistik Ibu Selepas Bersalin secara tradisional dan moden

Siapakah yang layak untuk mengikuti Program MamaCare?

  1. Warga negara Malaysia
  2. Ibu tunggal
  3. Wanita warga emas yang berusia 50 tahun ke atas
  4. Wanita dan warga emas dalam kalangan berpendapatan rendah (LIH)
  5. Berminat dan mempunyai kemahiran asas dalam urutan tradisional

Bilakah Program MamaCare dilancarkan?
Program MamaCare telah dirasmikan oleh YBhg Dato’ Aminah Abdul Rahman Ketua Pengarah,LPPKN pada 22 November 2012 bertempat di Malay Massage Academy, Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Berapakan yuran penyertaan yang dikenakan bagi menyertai program ini?
Percuma untuk kumpulan wanita yang layak, manakala bagi mereka yang tidak layak, yuran pendaftaran adalah ditanggung sendiri oleh peserta.

Apakah bentuk pengiktirafan diberikan kepada para peserta setelah tamat mengikuti program ini.

Bagi peserta yang telah berjaya mengikuti modul lengkap program mereka layak untuk menerima Sijil Amalan Profesional Urutan Melayu yang diiktiraf oleh Gabungan Pertubuhan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu Malaysia (GAPERA)

Adakah Program MamaCare ini dijalankan di seluruh negeri?

Ya, program ini akan dilaksanakan di seluruh negeri bermula tahun 2014.Untuk maklumat lebih lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi LPPKN Negeri atau Ibu Pejabat, Bahagian Perancangan Korporat LPPKN di talian 03-26937555 samb. 2008/2002