Tarikh Kemaskini 22 August 2022
Garis Panduan Perancang Keluarga Kebangsaan telah dibentuk sebagai panduan bagi pelaksanaan dan penyelarasan program ini yang meliputi elemen berikut:
- Penyampaian perkhidmatan Perancang Keluarga adalah berdasarkan kepada aspek kesihatan dan kesihatan keluarga dan amalannya adalah secara sukarela.
- Perkhidmatan kontraseptif akan disediakan melalui sistem kafeteria dan disampaikan oleh anggota perubatan, para perubatan dan anggota sokongan yang dilatih khas dengan penekanan ke atas perkhidmatan perubatan sokongan dan rawatan susulan.
- Pendidikan Perancang Keluarga/Kependudukan diintegrasikan dalam sistem pendidikan formal dan tidak formal.
- Penyediaan perkhidmatan Perancang Keluarga dalam Program Pembangunan Sosial adalah untuk memberi peluang kepada peningkatan kehidupan keluarga serta taraf sosio-ekonomi wanita.
- Untuk menyediakan program dan aktiviti sokongan untuk meningkatkan kualiti kehidupan. Ia merangkumi aspek-aspek kesihatan, kesejahteraan dan aktiviti-aktiviti bagi menggalakkan dan meningkatkan status wanita.