• Tarikh Kemaskini 27 November 2023

Kuching, 26 November 2023: Hari ini telah berlangsung sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan Peringkat Negeri Sarawak yang dirasmikan oleh YB Datuk Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Masjid Darul Hana, Kuching.

Seramai lebih 1,000 ahli keluarga telah memeriahkan pelbagai acara bermula dengan Family fun walk, pameran, sukaneka dan perkhidmatan mobil agensi dan rakan strategik.

Antara acara menarik yang ditampilkan ialah penyertaan 13 buah kampung dalam pertandingan himpunan keluarga MADANI. Setiap kampung memperkenalkan masakan tradisional kampung masing-masing.

Turut hadir adalah YBhg. Dato Seri Rohani Abdul Karim, Pengerusi LPPKN dan Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN.