• Tarikh Kemaskini 27 November 2023

KUCHING, 26 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan berbincang dengan kerajaan Sarawak untukmembina sebuah makmal subfertiliti di Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Kuching.


Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata makmal sedia ada di hospital umum di negeri ini tidak mencukupi, justeru kementerian mahu sebuah lagi makmalseumpama itu dibangunkan khas untuk rakyat Sarawak.


“Jadi saya perlu berbincang dengan kerajaan negeri dulu untuk mendapat persetujuan dan mungkin kalau kerajaan negeri hendak menyumbang sedikit...untuk koslain, kementerian akan tanggung.

"Bangunan (merujuk kepada bangunan LPPKN baharu di Wisma Sego) sudah ada dan kini sedang dalam pengubahsuaian, cuma kita belum ada makmal, saya akan bincang untuk masukkan makmal sebagai salah satu dari komponen dalam bangunan tersebut kerana ia melibatkan kos yang banyak," katanya kepada pemberitaselepas merasmikan sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) 2023 peringkat negeri di pekarangan Masjid Darul Hana di sini, hari ini.


Terdahulu ketika berucap, Nancy berkata LPPKN akan terus berusaha untuk mengukuhkan institusi keluarga menerusi pelbagai program pembangunan keluargameliputi advokasi, promosi, latihan dan pendidikan, perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta penggubalan dasar.


"Institusi keluarga merupakan sebuah unit asas sosial yang membekalkan sumber manusia untuk pembangunan negara serta menjamin kesinambungan insansebagai generasi akan datang.

"Menyedari akan kepentingan institusi keluarga, Dasar Keluarga Negara sedang dikaji semula untuk memastikan perspektif keluarga dalam pembangunansosioekonomi akan terus ditambah baik bagi membina institusi keluarga yang kukuh serta sejahtera," katanya.

-- BERNAMA