• Tarikh Kemaskini 20 March 2023

Bengkel Literasi Kewangan Belia – Training of Trainers (TOT) Siri 2 yang dianjurkan oleh Kluster Kerjaya bersama-sama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah berlangsung pada 13 hingga 15 Mac 2023 bertempat di Institut Latihan FAMA, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Bengkel ini telah dihadiri oleh seramai 32 peserta terdiri daripada para pegawai kluster dan bahagian dari Ibu Pejabat i-LEAD dan Kem Wawasan Negara seluruh negara.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan latihan berkaitan modul literasi kewangan dalam melahirkan tenaga pakar di kalangan pegawai i-LEAD dalam menyampaikan perkongsian berkaitan pendidikan kewangan kepada peserta dalam program-program yang akan dilaksanakan oleh Kluster Kerjaya.

Modul SMARTbelanja@LPPKN amat menarik untuk dipraktikkan kepada belia kerana modul ini menggabungkan pengisian secara hands-on iaitu pelbagai aktiviti simulasi beserta perkongsian panel. Peserta juga dibekalkan handout slaid dan Rancangan Sesi Pembelajaran (RSP) berkaitan modul ini bagi tujuan memudahkan kefahaman.