• Tarikh Kemaskini 20 December 2019

PERTANDINGAN FORUM REMAJA di  kafe@ TEEN, UTC MELAKA 2013 telah diadakan pada 19 Mac 2013 melibatkan 8 buah sekolah menengah di Melaka. Pertandingan forum ini bertemakan PEKERTI : Tiba Masanya Untuk Difikirkan.

Objektif utama pertandingan ini adalah untuk mengasah pengetahuan dan kesedaran remaja mengenai kesihatan reproduktif melalui penganjuran forum,  membentuk jati diri remaja dalam menghindari tingkah laku yang berisiko tinggi seperti seks sebelum berkahwin, kehamilan remaja dan penyakit jangkitan seksual atau HIV sekaligus untuk mempromosikan pusat remaja kafe@TEEN LPPKN Melaka. Juri pertandingan adalah Dr. Hamizah Bt Hassan, Ketua Bahagian Reproduksi Manusia LPPKN Malaysia, dan Dr. Nazatul Shima bt Mokhtar,dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Melaka dijemput untuk menjurikan pertandingan forum ini.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut:

  • Johan : Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah
    • Hadiah : Piala Pusingan, Plak Penyertaan dan Wang Tunai berjumlah RM300.00
    • Tajuk forum: Pendidikan Seks: Tanggungjawab Ibu Bapa Di Rumah Atau Guru Di Sekolah?

       

  • Naib Johan : Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung
    • Hadiah : Plak Penyertaan dan Wang Tunai berjumlah RM200.00
    • Tajuk forum: Media Massa dan Laman Sosial Punca Utama Kebejatan Gejala Sosial

       

  • Tempat ketiga : Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi Selandar
    • Hadiah : Plak Penyertaan dan Wang Tunai berjumlah RM100.00
    • Tajuk forum: Media Massa dan Laman Sosial Punca Utama Kebejatan Gejala Sosial

       

Pertandingan ini telah dihadiri oleh Yang Berbahagia Encik Nasaruddin b Abdul Mutalib, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan LPPKN Malaysia seterusnya menyampaikan hadiah dan sijil penyertaan kepada pemenang dan sijil penghargaan kepada juri.

 

Sumber : LPPKN Melaka