-
Tarikh Kemaskini 29 April 2025
28 APRIL – Bersempena dengan The 15th General Assembly of Asian Forum of Parliamentarians on Population and Development (AFPPD) yang berlangsung pada 27–28 April 2025, satu lawatan istimewa ke Ibu Pejabat LPPKN telah dianjurkan oleh Parlimen Malaysia pada 28 April 2025.
Lawatan ini diketuai oleh Yang Berhormat Kamikawa Yoko, Pengerusi AFPPD, bersama YB Howard Lee How Chuan, Naib Pengerusi AFPPD Malaysia, melibatkan 54 delegasi ahli Parlimen dari 30 negara merentasi rantau Asia-Pasifik.
Ketibaan delegasi disambut oleh Ketua Pengarah LPPKN, Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah, bersama barisan Jawatankuasa Pengurusan LPPKN. Dalam ucapan aluan, Ketua Pengarah LPPKN menyatakan bahawa pihak LPPKN berharap dapat belajar daripada pandangan dan pengalaman delegasi, kerana percaya bahawa pembelajaran bersama adalah kunci kepada kemajuan dan ketahanan dalam dunia yang pesat berubah ini.
Sesi kunjungan selama satu jam ini turut diserikan dengan lawatan ke Klinik Subfertiliti Jalan Raja Laut, Makmal Biomedikal, Klinik Full Paying Patient (FPP), serta Mamacare SPA dan Café.
Semoga pertemuan ini dapat memberikan inspirasi kepada semua delegasi dan seluruh keluarga LPPKN dalam memainkan peranan utama dalam membentuk dasar yang memperkasakan komuniti, wanita, belia, dan mengukuhkan sosial negara.