-
Tarikh Kemaskini 17 November 2023
7th APPC merupakan satu platform yang dianjurkan oleh UN ESCAP dengan kerjasama UNFPA dirantau Asia Pasifik yang sedang berlangsung di United Nations Conference Centre, Bangkok, Thailand bermula pada 15 hingga 17 November 2023. Pada sidang kali ini, negara-negara di rantau Asia Pasifik berkongsi pengalaman terbaik dalam aspek:
- Population dynamics, sustainable development and climate change
- Health, including sexual and reproductive health and reproductive rights
- Inequalities and social exclusion, and rights
- Partnerships and regional cooperation
Penyertaan Malaysia diketuai oleh YBrs Pn Farah Adura Hamidi, Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), KPWKM sebagai Ketua Delegasi manakala LPPKN diwakili seramai 7 orang pegawai termasuk Pengerusi LPPKN dan Ketua Pengarah.
Persidangan APPC yang julung-julung kali diadakan ini merupakan satu platform terbaik kepada negara bagi berkongsi kisah kejayaan negara dalam bidang kependudukan dan pembangunan. Selain itu, ia juga memberi peluang kepada negara bagi mempelajari amalan terbaik daripada negara-negara turut sama terlibat di dalam persidangan pada kali ini.
Side event of 7th APPC
Semasa persidangan ini juga, Malaysia berkolaborasi dengan negara Thailand, Indonesia dan Filipina telah bekerjasama dalam penganjuran side event of 7th APPC dengan tema Addressing the implications of demographic change: population ageing, low fertility and harnessing the demographic dividend of Indonesia, Malaysia, Thailand, the Philippines. Setiap negara yang terlibat telah menghantar seorang speaker dan Malaysia diwakili oleh pegawai dari LPPKN iaitu, Dr Wan Nur Baiti Sudin. Beliau telah berkongsi pengalaman Malaysia dalam melaksanakan program remaja iaitu KafeTEEN. Tajuk yang beliau sampaiakn adalah Empowering SRHE through KafeTEEN Peer Educator.