• Tarikh Kemaskini 18 December 2019

MELAKA, 6 Ogos 2017 - Program EKOFAMILI 2017 bersama Komuniti Dun Taboh Naning telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Cherana Puteh, Taboh Naning Alor Gajah. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada setiap ahli keluarga dikawasan itu betapa pentingnya menjaga alam sekitar. Mereka juga didedahkan tentang bagaimana menghasilkan baja kompos menggunakan bahan sisa makanan terbuang di rumah.

Ini kerana di Malaysia, 45 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang adalah terdiri daripada sisa makanan. Dengan membuat kompos sendiri ternyata ia dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah selain dapat menjimatkan kos membeli baja kimia. Selain itu, antara pengisian yang ada pada program EKOFAMILI 2017 ini adalah pameran daripada agensi berkaitan, pendaftaran Mamogram, suntikan vaksinasi HPV dan juga ceramah daripada SWCORP dan juga Perbadanan Teknologi Hijau Negeri Melaka.

Majlis perasmian telah disempurnakan sendiri oleh YB Datuk Latipah Omar, EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka. Turut hadir Pengarah LPPKN Negeri Melaka, Encik Muhammad Noh Abdullah serta Puan Rozita Mohamed, Guru Penolong Kanan Satu SK Cherana Puteh.