• Tarikh Kemaskini 28 July 2023

24 Julai - Ketua Pengarah LPPKN, Tuan Haji Abdul Shukur Abdullah buat julung kalinya mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat dan Koordinasi Program Kesihatan Reproduktif Bil. 1 (Advisory and Coordinating on Reproductive Health) bertempat di Dewan Persidangan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Jawatankuasa ini dibentuk bagi menyelaras program dan perkhidmatan berkaitan perancang keluarga, subfertiliti termasuk pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial (PEKERTI), serta hal-hal lain yang berkaitan kesihatan reproduktif di peringkat kebangsaan.

Hasil laporan jawatankuasa ini akan dijadikan input ke peringkat tertinggi Mesyarat Jawatankuasa Dasar Peringkat Kementerian (KPWKM) dan seterus ke peringkat Majlis Sosial Negara (MSN).

Jawatankuasa dijangka bermesyuarat dua kali setahun ini dianggotai wakil agensi-agensi pelaksana daripada sektor Kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Semoga dengan terbentuknya jawatankuasa ini, masalah, isu dan pandangan berkaitan perancang keluarga, subfertiliti dan pendidikan kesihatan reproduktif dapat diberi perhatian sewajarnya kelak.