-
Tarikh Kemaskini 09 December 2024
Retreat Perancangan Strategik LPPKN 2025 diadakan pada 5 - 7 Disember 2024 dihadiri oleh pegawai kanan LPPKN.
Retreat ini bagi membincangkan pendekatan dan strategi baharu LPPKN dalam memastikan segala program dan juga projek yang dirancang bagi tahun 2025 dapat dilaksanakan secara teratur. Disamping bagi memastikan sumber kewangan yang diperuntukkan akan dibelanjakan secara optimum serta siap mengikut garis masa yang ditetapkan.
Turut sama hadir dalam bengkel ini ialah YBrs. Tn Hj Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) & Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), LPPKN.