-
Tarikh Kemaskini 28 October 2024
10 Oktober 2024, Kuala Lumpur - Sebagai sebuah agensi yang menawarkan perkhidmatan sosial, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menyertai pameran sempena Persidangan Antarabangsa Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita “Her Mind, Her Strength: Women, Wellness and Empowerment" bersama Dr. Rania Awaad, yang berlangsung di Berjaya Hotel Times Square, Kuala Lumpur.
Majlis ini amat bererti dengan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mencemar duli hadir disambut oleh YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Timbalan Menteri KPWKM, Datuk Dr Maziah Che Yusoff, Ketua Setiausaha KPWKM, Dr Faridah Awang, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) dan tidak ketinggalan En. Abdul Shukur bin Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN serta ketua jabatan agensi dibawah KPWKM.
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, pada pameran kali ni LPPKN menawarkan perkhidmatan kaunseling keluarga dan remaja, hebahan penjagaan ibu selepas bersalin serta kaunter KafeTEEN. Pelbagai pengisian menarik telah diadakan sepanjang program ini berlangsung termasuklah sesi perkongsian ilmu Program Minda sejahtera, pertandingan poster penyelidikan berkaitan kesejahteraan mental dan pemerkasaan wanita, saringan kesihatan mental dan pameran agensi-agensi KPWKM.
Semoga pengisian dan input daripada persidangan ini akan memberi manfaat disamping memperkasakan wanita di masa akan datang.