• Tarikh Kemaskini 26 January 2026

Telah berlangsung Majlis Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 bertempat di Dewan Suarah Sri Aman, Sarawak.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YBhg. Dato Sri Rohani Abdul Karim, Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara.

Sebagai langkah strategik ke arah mencapai eliminasi kanser serviks wanita Malaysia, pemerkasaan komuniti melalui kolaborasi bersama NGO yang akan dilaksanakan dalam program saringan ujian HPV DNA bagi tahun 2026. Pendekatan ini bertujuan memperluas akses saringan dalam kalangan wanita, khususnya wanita daripada komuniti Orang Asli, etnik di kawasan pedalaman serta komuniti terpencil.

Sambutan ini turut dimeriahkan dengan karnival Teal Race, sukan rakyat, sesi interaktif serta perkongsian pengalaman oleh bekas pesakit dan juga penjaga pesakit kanser.

Turut hadir, YB Puan Dayang Noorazah Awang Sohor, ADUN N28 Lingga, YBhg. Dato’ Abdul Shukur Abdullah, Ketua Pengarah LPPKN, YBrs. Encik Shariff Bujang, Pegawai Daerah Sri Aman, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum.