-
Tarikh Kemaskini 15 May 2026
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) hari ini menzahirkan komitmen berterusan dalam memperkukuh institusi keluarga sempena sambutan Hari Keluarga Antarabangsa 2026.
?Selaras dengan tema global yang diumumkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu “Families, Inequalities and Child Wellbeing”, tumpuan khusus diberikan kepada usaha mengurangkan jurang sosial dan ekonomi demi menjamin kesejahteraan perkembangan kanak-kanak.
Inisiatif Strategik LPPKN 2026:
?Dasar KASIH Keluarga Negara : Memperkasakan lima nilai teras utama iaitu Kasih Sayang, Akhlak, Sihat dan Selamat, Berilmu serta Harmoni sebagai identiti Negara Bangsa.
Program Penddikan Keluarga : Pemantapan Kursus Perkahwinan SMARTSTART, Program Keibubapaan Positif, dan Program Pembangunan Remaja.
Akses Psikososial : Perluasan program remaja KafeTEEN melalui kolaborasi strategik bersama NGO, institusi pendidikan, dan komuniti setempat.
Keputusan Berasaskan Bukti : Penganjuran seminar penyelidikan berdasarkan Kajian Indeks Kesejahteraan Keluarga Malaysia 2025 untuk memandu polisi masa hadapan.
?Institusi keluarga merupakan asas kepada pembangunan negara yang mampan dan harmoni. Keluarga yang stabil bukan sahaja melahirkan generasi yang berdaya tahan, malah menjadi tunjang kepada nilai sosial yang kukuh.



