-
Tarikh Kemaskini 06 November 2023
4 November : Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK) yang diadakan pada bulan November setiap tahun merupakan platform penting bagi menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas cerminan kepada masyarakat yang stabil dan sejahtera. Bertemakan “Keluarga Harmoni, Negara MADANI”, program pada hari ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Dataran Putrajaya.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan bagi mewarnai lagi sambutan ini dan mencipta memori indah bersama keluarga tercinta seperti Zumba Keluarga, Family Fun Walk, Ekspo KASIH MADANI, gerai Jualan RAHMAH serta aktiviti Mini Karnival Kasih MADANI.
Turut sama hadir ialah isteri Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail, YB Senator Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Kementerian Luar Negeri, YB Dr. Zaliha bin Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi serta Pegawai-pegawai Kanan kementerian.