• Tarikh Kemaskini 18 December 2019

Ipoh, Perak, 24 Ogos 2017 – Unit Penerangan & Pendidikan LPPKN Negeri Perak telah mengadakan Program Pengurusan Ekonomi Keluarga (SMART Belanja@LPPKN) bertempat di Dewan Al-Ghazali, Masjid Sultan Idris Shah II, Ipoh. Objektif program ini diadakan adalah untuk memberi input kepada keluarga berkaitan perancangan dan pembinaan pelan tindakan kewangan yang baik, serta kepentingan mempraktikkan amalan pengurusan kewangan yang bijak dan berhemah. Seramai kira-kira 65 orang peserta dari Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan Perak  telah hadir menjayakan program tersebut. Program SMART Belanja@LPPKN telah dikendalikan oleh fasilitator yang terdiri daripada Pegawai Penerangan, Penolong Pegawai Penerangan dan Pembantu Penerangan LPPKN Perak.

Disediakan oleh :

Unit Penerangan & Pendidikan LPPKN Perak