-
Tarikh Kemaskini 13 June 2023
Pada 12 Jun 2023, Klinik Nur Sejahtera LPPKN Kepong telah menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi LPPKN Pengerusi, YBhg. Dato' Sri Rohani binti Abdul Karim. Lawatan tersebut turut disertai oleh Ketua Pengarah LPPKN, YBrs. Tuan Abdul Shukur bin Abdullah dan Pengarah LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBrs. Puan Rinawati binti Mohamed Nawawi.
Turut bersama ketika lawatan adalah Naib Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) , YBrs. Tuan Alias bin Abdullah, wakil dari Pusat Khidmat Parlimen Kepong dan Pertubuhan Bantuan Kebajikan Ehsan Sri Damansara serta pengamal MamaCare yang memberi demostrasi urutan kepada YBhg. Dato Sri.