-
Tarikh Kemaskini 18 November 2024
9 November 2024, Taman Botani Kuala Lumpur - Majlis Perasmian Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan (BKK2024) telah berlangsung pada hari ini di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur dan disempurnakan oleh YABhg. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail.
Bertemakan “KASIH Keluarga, Jiwa MADANI”, Kerajaan akan terus komited memperkasa institusi kekeluargaan di negara ini dari aspek fizikal, nilai, moral dan kerohanian.
Majlis perasmian ini menyaksikan penyampaian Anugerah Mesra Keluarga bagi Sektor Korporat dan Pihak Berkuasa Tempatan sebagai pengiktirafan kepada organisasi yang cemerlang dalam melaksanakan polisi dan inisiatif keluarga serta mempromosi nilai-nilai kekeluargaan dalam apa jua bentuk program dan dasar syarikat. Telekom Malaysia dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya telah diumumkan sebagai penerima Anugerah Mesra Keluarga kali ini.
Sambutan yang berlangsung selama dua hari ini meriah dengan pelbagai aktiviti dan pengisian menarik yang diadakan antaranya
Rumah KASIH MADANI menampilkan konsep ‘edutainment’ diadaptasi daripada program SMARTSTART 2.0 (Pra Perkahwinan), Kem Naungan KASIH, KASIH Keibubapaan Digital serta elemen kaunseling melalui KASIH Keluarga Ceria.
Selain itu, terdapat aktiviti mesra keluarga seperti Game Stall dan Family Games, Senam Seni Keluarga, Petting Zoo & Animal Show, Pasar Keluarga x Saloma yang menyediakan lebih dari 15 gerai jualan pelbagai jenis juadah dan minuman, jualan Agro MADANI oleh FAMA dan banyak lagi.
KPWKM melalui LPPKN sebagai peneraju kesejahteraan keluarga bertekad memperkukuh institusi kekeluargaan dalam masa yang sama membentuk keluarga yang sejahtera selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.