• Tarikh Kemaskini 14 April 2025

11 April 2025 - Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak- Kanak dan Kesejahteraan Komuniti ( KPWK) Negeri Sarawak yang di ketuai oleh YBhg. Datu Felicia Tan Ya Hua, Setiausaha Tetap KPWK yang juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah LPPKN.

Objektif utama kunjungan ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pengurusan dan pelaksanaan Geran Penyelidikan LPPKN, program intervensi Pembangunan Keluarga serta Program Reproduksi Manusia yang dilaksanakan oleh LPPKN. Pembentangan mengenai pengurusan Geran Penyelidikan telah disampaikan oleh Encik Ahmad Hashimi bin Mohammad manakala pembentangan berkaitan program intervensi Pembangunan Keluarga telah disampaikan oleh Puan Rosmonaliza Abdul Ghani.Seterusnya, taklimat mengenai Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Infertiliti ( BuAI) telah disampaikan oleh Dr. Alia Zulkifli dan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (wCaRe) oleh Puan Sofia Md Yusof.

Selain itu, kunjungan hormat ini juga untuk berkongsi mengenai peranan dan fungsi LPPKN dalam menjayakan visi misi LPPKN sebagai peneraju kesejahteraan keluarga di Malaysia.

Semoga sesi perbincangan dan kunjungan hormat ini akan memberi manfaat dalam merangka program kekeluargaan di masa akan datang.