• Tarikh Kemaskini 11 November 2026

Alhamdulillah, hari pertama Sambutan November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026 (NBKK26) pada 6 November 2026 telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan diserikan dengan pelbagai pengisian menarik untuk seisi keluarga.

Sepanjang hari, pengunjung berpeluang meneroka Ekspo KASIH yang menampilkan enam zon bertemakan KASIH, selain menikmati pelbagai aktiviti di Family Hehaling Area seperti Indoor Games, Petting Zoo dan Pasport KASIH.

Suasana turut dimeriahkan dengan Jualan RAHMAH, Jualan Agro MADANI, jualan barangan bayi terpakai (preloved), Bazar Keluarga, Pusat Keluarga Bergerak serta pameran agensi kerajaan.

Pelbagai aktiviti lain turut berlangsung termasuk permainan Kahoot bertemakan ‘KASIH Keluarga’ dan pertandingan sub soccer.

Kemuncak hari pertama diserikan dengan Malam Alunan KASIH yang menampilkan ceramah oleh Dato’ Dr. Badli Shah Alauddin, persembahan daripada Halim Ahmad dan Zul Handy Black serta cabutan bertuah.

Kemeriahan belum berakhir! Esok, 7 November 2026 (Sabtu), pelbagai lagi aktiviti menarik dan hadiah istimewa menanti anda seisi keluarga!

Antaranya KASIH Family Treasure Hunt, Pocket Talk ‘KASIH Keluarga’, Zumba KASIH Keluarga, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak, pertandingan karaoke terbuka, cabutan bertuah dan banyak lagi!

Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Perasmian November Bulan Keluarga Kebangsaan 2026

Ayuh datang beramai-ramai bersama keluarga dan cipta kenangan indah bersama insan tersayang!

 

Galeri Foto