• Tarikh Kemaskini 13 February 2026

 


1. Apa itu Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN)?

DKKN ialah dasar sosial baharu negara yang diterajui oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menyokong agenda Dasar Sosial Negara 2030 (DSN 2030).

 

Ia merupakan penambahbaikan kepada Dasar Keluarga Negara (DKN) 2010-2020, yang dirangka dengan pendekatan lebih responsif, inklusif, dan bersepadu. DKKN dibangunkan melalui lensa kitaran kehidupan keluarga, mengambil kira keperluan keluarga dari saat sebelum perkahwinan sehinggalah ke fasa warga emas.


2. Mengapa DKKN diperkenalkan?

DKKN digubal sebagai respons terhadap perubahan demografi, peningkatan risiko sosial, ketidakseimbangan kerja-keluarga, isu kesihatan mental, perkembangan teknologi digital dan dinamika keluarga yang semakin kompleks. Dasar ini menggantikan DKN 2010–2020 dengan penambahbaikan yang lebih holistik, inklusif dan berasaskan bukti.


3. Apakah visi DKKN?

Untuk membentuk keluarga yang sejahtera, inklusif dan berdaya tahan, seterusnya menyumbang kepada kestabilan sosial, keharmonian masyarakat dan pembangunan negara.


4. Apakah nilai teras DKKN?

Teras dasar ini ialah prinsip nilai KASIH. KASIH merupakan akronim kepada lima nilai bersama (common values) yang mencerminkan aspirasi rakyat Malaysia:

  • K – Kasih Sayang
  • A – Akhlak
  • S – Sihat & Selamat
  • I – Ilmu
  • H – Harmoni

Nilai ini menjadi panduan dalam membudayakan amalan kekeluargaan yang sihat di seluruh negara.


5. Siapa yang menjadi kumpulan sasaran DKKN?

Dasar ini merangkumi semua bentuk dan struktur keluarga merentas umur, jantina, kaum dan lapisan sosioekonomi.


6. Apakah hala tuju utama DKKN?

DKKN dipandu oleh empat hala tuju nasional:

  1. Mengukuhkan nilai dan hubungan kekeluargaan
  2. Kesaksamaan hak & tanggungjawab bersama dalam keluarga
  3. Kemampanan & kualiti hidup keluarga
  4. Kelangsungan dan kelestarian generasi masa hadapan

7. Apakah teras strategik DKKN?

DKKN mempunyai lima teras:

  1. Memartabatkan institusi perkahwinan dan kekeluargaan
  2. Memperkasakan perancangan keluarga
  3. Meningkatkan kualiti keibubapaan
  4. Menyokong keluarga secara inklusif
  5. Memperbaiki pengurusan konflik keluarga

8. Adakah pemboleh daya DKKN?

Tiga Pemboleh Daya (Enablers):

 

  1. Portal Keluarga Bahagia: Menjadi one stop centre untuk maklumat dan khidmat sokongan keluarga.
  2. Family Impact Assessment (FIA): Mengintegrasikan penilaian impak keluarga dalam penggubalan semua dasar kerajaan.
  3. Kajian Insentif: Membangunkan mekanisme dan insentif perkahwinan serta kekeluargaan yang mampan.

9. Apakah peranan pemboleh daya dalam DKKN?

Tiga pemboleh daya utama ialah:

  1. Portal Keluarga Bahagia (One Stop Centre) – maklumat, sokongan & insentif
  2. Family Impact Assessment (FIA) – menilai kesan dasar terhadap keluarga
  3. Kajian Mekanisme & Insentif Keluarga Nasional – merangka sokongan jangka panjang

10. Bagaimana DKKN dilaksanakan?

Pelaksanaan melalui Pelan Tindakan Keluarga Negara (PTKN) 2026–2030, merangkumi program, intervensi dan inisiatif rentas kementerian, kerajaan negeri, PBT, sektor swasta, NGO dan komuniti.

PTKN 2026-2030 ialah pelan tindakan khusus yang menterjemahkan DKKN kepada program dan inisiatif yang boleh dilaksanakan. Ia mengandungi 16 Strategi dan 43 Tindakan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.


12. Bagaimana DKKN diselaraskan dengan RMK-13 dan DSN 2030?

DKKN adalah dasar nasional di bawah kluster sosial RMK-13 dan menyokong aspirasi Dasar Sosial Negara 2030 (DSN 2030) dengan memberi fokus kepada kesejahteraan keluarga, daya tahan sosial dan pembangunan modal insan.


13. Bagaimana saya boleh mengakses maklumat tentang DKKN?

Dokumen penuh DKKN dan PTKN boleh dimuat turun melalui:
?? Portal KPWKM
?? Portal LPPKN
?? “Portal Keluarga Bahagia” (akan ditambah baik sebagai pusat sehenti)


 

 

14. Siapakah yang akan menjayakan DKKN?

Kejayaan DKKN adalah komitmen nasional. Ia memerlukan kerjasama strategik dan kolektif daripada semua pihak, termasuk:

 

  • Agensi Kerajaan (Persekutuan dan Negeri)
  • Pihak Swasta
  • Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)
  • Ahli Akademik
  • Komuniti dan setiap keluarga

16. Apakah manfaat DKKN kepada rakyat?

Pelaksanaan Dasar KASIH Keluarga Negara (DKKN) bermatlamat untuk memberi manfaat secara langsung kepada rakyat melalui pelbagai inisiatif yang menyeluruh. Rakyat akan mendapat akses yang lebih mudah kepada pelbagai bentuk sokongan keluarga, termasuk bantuan pengurusan konflik dan perkhidmatan kaunseling. Dasar ini turut menekankan pemerkasaan institusi keluarga melalui program keibubapaan dan kekeluargaan, di samping menyediakan sokongan khusus untuk perancangan keluarga dan kesuburan. Secara kolektif, DKKN dirangka untuk meningkatkan kualiti hidup keluarga yang lebih seimbang di Malaysia.


17. Bagaimana DKKN menyumbang kepada pembangunan negara?

Institusi keluarga yang stabil merupakan pemangkin kepada pembentukan masyarakat yang harmoni dan sejahtera. Ia melahirkan generasi berdaya tahan serta modal insan berkualiti, yang seterusnya menjadi teras kepada kemakmuran dan daya saing negara.