-
Tarikh Kemaskini 19 December 2019
KOTA KINABALU, 23 Februari: "Hendak menanam si buah delima, batang ditanam tumbuh berdaun, memori bersama takkan dilupa, menjadi kenangan bertahun-tahun", begitulah bait-bait pantun yang dilafazkan oleh YBhg. Tan Sri Hjh Napsiah Omar ketika diraikan dalam majlis Sekalung Budi Semarak Kasih yang diadakan di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini bertemakan pakaian tradisional etnik Malaysia. Semoga perhubungan yang terjalin akan terus berkekalan sampai bila-bila. Selamat Maju Jaya kepada YBhg. Tan Sri!



