• Tarikh Kemaskini 20 December 2019

\

Perhimpunan Bulanan LPPKN  bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke 57 dan Hari Malaysia ke 51yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Maklumat (BTM) telah dilaksanakan  dengan meriahnya pada hari Isnin, 8 September  2014 bermula  jam 8.30 pagi  di Dewan Besar LPPKN.  
Lebih dari 170 orang pegawai dan kakitangan LPPKN menghadiri majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN.

Di dalam amanat beliau,  YBhg. Dato’ Dr. Ketua Pengarah menekankan kepentingan semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi. Semangat sebegini sememangnya perlu disemai pada setiap warga Negara terutamanya generasi muda agar mereka lebih memahami erti Kemerdekaan bagi meneruskan aspirasi Negara untuk menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.

Di samping itu juga, YBhg. Dato’ Dr. Ketua Pengarah telah mengingatkan semua warga LPPKN agar sentiasa memegang amanah dan tanggungjawab untuk membentuk dan mencorak masa depan LPPKN dengan mempertingkatkan perkhidmatan LPPKN dan secara tidak langsung menyumbang kepada masa depan Negara Malaysia yang kita cintai.

Semangat kecintaan kepada Negara boleh diterjemahkan dalam berbagai cara seperti melalui penyampaian lagu. Sebagai contoh, pemilihan lagu “Warisan” nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad dan lagu tema Hari Kemerdekaan tahun ini, “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta” mempunyai aura tersendiri yang dapat meningkatkan semangat cinta kepada Negara dan seterusnya menyatupadu hati seluruh rakyat Malaysia.

Majlis perhimpunan juga diserikan dengan persembahan khas (Multimedia Kemerdekaan), deklamasi sajak (Pohon Bangsa Itu Adalah Kita), nyanyian lagu kemerdekaan dan kibaran Jalur Gemilang.

Pada majlis tersebut juga, YBhg. Dato’ Dr. Ketua Pengarah telah menlancarkan  Kempen Senyum  peringkat LPPKN.

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah sempena Sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia 2014 serta Sambutan Ulang Tahun LPPKN ke 48. Pemenang-pemenang adalah seperti berikut:

Pemenang Pertandingan Penulisan Kreatif

1.     Pn. Rohana Bt. Aji (BRM)
2.     Pn. Mazlinda Bt Mohd Ariff (BKPK)
3.     Pn. Norhaslindah Bt. Hassim (BPSM)
4.     Pn. Nily Waheeda Binti Nekmat (BRM)
5.     En. Muhammad Idzuan B. Ariffin (BKPK)

Pemenang Pertandingan  Mencipta Mutiara Kata (Versi Bahasa Melayu)

1.     Pn. Sarada Devi R. Subramaniam (BPK)
2.     Pn. Roseni Bt. Ab. Rashidi (BRM)
3.     En. Mohd Sabri Mohd Tahir (BKPK)
4.     Pn. Norhaslindah Bt. Hassim (BPSM)
5.     Pn. Humeani Bt. Suip (BKEP)


Pemenang Pertandingan  Mencipta Mutiara Kata (Versi Bahasa Inggeris)

1.     En. Muhammad Idzuan Ariffin (BKPK)
2.     Pn. Susila Devi A/P V.Rajadurai (BKPK)
3.     Pn. Sarada Devi R. Subramaniam (BPK)
4.     En. Francis Kek Leng Oon (BKPK)
5.     Pn. Humeani Bt. Suip (BKEP)


Pemenang Pertandingan Penulisan Esei dengan tajuk “LPPKN DI HATIKU”

Pn. Khuzaimah Binti Haji Taib (Unit Pembangunan Peniagaan, Pej KP)

Pemenang Pertandingan  Hiasan Kemerdekaan (Peringkat Ibu Pejabat)

1.     Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
2.     Pejabat Ketua Pengarah
3.     Bahagian Teknologi Maklumat

Majlis diakhiri dengan acara memotong kek bagi menyambut Hari Kemerdekaan ke-57 dan Hari Malaysia ke-51 serta meraikan warga LPPKN yang lahir pada bulan September dan pada tahun 1957.