• Tarikh Kemaskini 26 November 2025

Tahniah kepada pasukan LPPKN atas kejayaan dalam Pertandingan Idea Inovasi KPWKM 2025. Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkasa perkhidmatan serta memperluas akses kepada masyarakat.

 

Tempat Ke-3
PRO STAND HPV DNA
Pemilik Projek: LPPKN Pulau Pinang

Inovasi berbentuk alat mudah alih yang memudahcara saringan Ujian HPV DNA bagi wanita dengan lebih cepat, mesra pengguna, privasi terjamin dan kos yang minimum melalui penggunaan bahan terpakai. Rekaan ini membolehkan pelaksanaan saringan di klinik serta program komuniti bandar dan luar bandar dengan lebih efisien.

 

Saguhati
Aplikasi KafeTEEN
Pemilik Projek: Bahagian Pengurusan Maklumat & Bahagian Reproduksi Manusia

Inisiatif pendigitalan berasaskan konsep operasi fizikal KafeTEEN LPPKN, membolehkan remaja mengakses maklumat, perkhidmatan serta komunikasi berkaitan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (SRH) secara terus melalui aplikasi, selari dengan mandat PEKERTI.

 

Saguhati
Badan Pendamai LPPKN
Pemilik Projek: Bahagian Kesejahteraan Keluarga

Kerjasama strategik bersama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi menambah baik khidmat kaunseling intervensi perkahwinan dan keluarga dalam prosiding tribunal. Platform ini menyediakan ruang terkawal dan profesional untuk pasangan membincangkan isu perkahwinan dengan bimbingan kaunselor bertauliah.

 

Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pasukan atas dedikasi serta usaha inovatif dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat.