-
Tarikh Kemaskini 18 December 2019
KUALA LUMPUR, 29 Februari:"Yang Halal akan dihisab, yang Haram akan diazab sekiranya kita tidak mengamalkan tanggungjawab yang perlu kita laksanakan dengan perubahan tranformasi yang akan berlaku atas seiap tindak-tanduk kita" begitulah kata-kata YBhg. Dato' Dr Siti Norlasiah Ismail, Ketua Pengarah LPPKN ketika menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Bulanan kali ke-2 pada tahun ini. Seramai hampir 300 orang anggota telah menghadiri perhimpunan pada kali ini yang dihoskan oleh Pejabat LPPKN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) dan majlis diserikan dengan acara memotong pulut kuning tanda kesyukuran serta persembahan daripada KK Buskers (ahli-ahli Sahabat kafe@TEEN WPKL). Majlis telah diadakan bertempat di Dewan Besar Tingkat 22, Bangunan LPPKN Jalan Raja Laut. Syabas diucapkan!



